"Cikgu Bersara Pun Minta RM1 Setiap Murid, Ingat Ibubapa Cop Duit Ke?" Anda Tahu Ke Sekolah Mana Ni??
Sekadar Gambar Hiasan
Semalam ketika makan tengah hari, salah seorang sahabat saya meluahkan rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta RM1.00 setiap seorang pelajar bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara.
"Sekolah ini ingat ibu bapa ini cop duit ke? Sudahlah yuran PIBG mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan bagai. Ini cikgu nak bersara pun anak murid kena bagi duit untuk beri hadiah. Cikgu ini sesak sangat ke?" luahnya kasar.
Saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang disuap ke mulut. Saya tidak jadi nak makan.
"Yela, anak aku pun sama. semua minta duit RM1.00 untuk cikgu nak bersara itu. Anak aku tiga orang, dah kena bagi extra RM3 semalam," balas saya dalam beremosi. Dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong.
"Kau tahu tak, anak aku cerita yang tahun lepas pun ada guru bersara juga. Samalah semua murid kena bayar RM1.00 seorang. Masa Hari Guru, cikgu itu dapat 'handbag' mahal! Pastu dekat dua jam jugalah semua murid tak belajar sebab kena raikan guru bersara," jelas saya lagi.
"Apa kerja cikgu ini? Sudahlah gaji mahal, masa bersara murid wajib bagi derma RM1.00, waktu belajar murid pun dia kacau. Memang melampau!", kata sahabat saya itu sambil mengetuk meja.
Marah benar dia dengan pentadbiran sekolah yang menyalahgunakan masa pembelajaran murid dan memaksa murid menderma untuk guru yang bersara.
"Kau tahu kan, seorang murid wajib bagi RM1.00. Kalau 500 murid dah rm500. Pergh! Memang beg mahallah dapatnya." kata saya lagi. Dia angguk lagi sambil makan dengan asyik.
"Pada aku, sepatutnya pihak sekolah minta RM100 seorang, itupun paling kurang. Barulah dapat beli hadiah besar sikit," kata saya.
Dia menyoal kata-kata saya yang dianggap kurang waras.
"Begini, dalam 365 hari setahun, hanya Ahad sahaja anak-anak kita berada di rumah sepanjang masa. Selebihnya memang di sekolah dengan cikgu-cikgu. Iyelah, dengan kelas tambahan, kelas agama, taekwando, pengakap, kem motivasi, hari kantin dan macam-macam lagi. Urusan belajar, adab, solat, mengaji dan bersahabat. semua kita sub-contract pada cikgu dan sekolah. Aku rasa RM100 seorang murid bayar itu pun tak memadai untuk jasa cikgu itu.
"Mungkin masa mesyuarat PIBG nanti, kau sokong aku jadi Pengerusi PIBG yang baharu. Aku dapat kuasa nanti, aku akan mewajibkan semua pelajar 'start' masuk darjah satu, kena simpan RM1 sehari untuk tabung hadiah hari persaraan guru. Memang boleh minta derma pada syarikat swasta untuk sponsor, tapi baik minta dengan pelajar untuk bagi mereka sedar bahawa nilai yang ada pada diri mereka itu meningkat tahun demi tahun tu adalah kerana didikan daripada guru-guru inilah", kata saya panjang lebar.
Sahabat saya itu segera menghabiskan makanannya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata. Aduhai, cakap benda betul pun dah sentap. - Izman Pauzi

0 comments:
Post a Comment