Tuesday, 27 September 2016

Filled Under:

(KINI VIRAL) - Anak Saya Tak Pernah Cintakan Suami Orang.. Kami akan Saman Nadia Nordin.. Ini Balas Nadia Nordin yang membuatkan mereka sekeluarga MALU

(KINI VIRAL) - Anak Saya Tak Pernah Cintakan Suami Orang.. Kami akan Saman Nadia Nordin.. Ini Balas Nadia Nordin yang membuatkan mereka sekeluarga MALU





Anak Saya Tak Pernah Cintakan Suami Orang-Ibu Mangsa...Pemilik nama Nadia Nordin menjadi trending di laman sosial selepas videonya memukul seorang wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, tersebar menjadi viral.#


Rata-rata netizen pula khususnya wanita, dilihat menyokong perbuatan Nadia kerana merasakan ianya setimpal atas perbuatan wanita itu menggoda suami orang.#


Pun begitu, ibu kepada wanita berkenaan tampil mempertahankan anaknya dan mendakwa anaknya tidak pernah bercinta dengan suami orang.#

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Ani, 50-an juga telah membuat laporan polis supaya tindakan tegas individu yang memukul anaknya dapat diambil.#


Menurut Ani, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu, Sabtu lalu, selepas dimaklumkan anak keduanya yang tinggal di Kuala Lumpur.#


“Akibat kejadian itu anak saya cedera di badan, kepala dan menerima lapan jahitan di dahi. Sebagai ibu, saya sedih dengan kejadian itu kerana mengaibkan anak saya tanpa belas kasihan.#


“Anak saya tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan suami orang dan sudah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian Sabtu lalu,” katanya kepada Harian Metro.#


Dalam video viral tersebut, Nadia dilihat memukul seorang wanita dalam keadaan bogel tanpa belas kasihan di sebuah bilik hotel.#


Insiden itu dikatakan berlaku di pekan Sungai Golok, Kota Bharu, pagi Selasa lalu.#


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kejadian berlaku di negara jiran dan pihaknya menerima dua laporan termasuk daripada mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, Sabtu lalu.#


“Polis juga menerima laporan kedua hari ini dibuat seorang wanita dipercayai turut ada di dalam rakaman itu yang dituduh menyebarkan video itu.#


“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.#




0 comments:

Post a Comment