Monday, 1 August 2016

Filled Under:

Al-Fatihah..Pengasas Mydin meninggal dunia pada petang tadi disebabkan oleh...

Al-Fatihah..Pengasas Mydin meninggal dunia pada petang tadi disebabkan oleh...



Pengasas rangkaian pasar raya besar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Allahyarham Mydin Mohamed Ghulam Hussein.

KUALA LUMPUR: Pengasas rangkaian pasar raya besar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai, di sini, petang tadi. Allahyarham berusia 88 tahun menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan pada jam 5.06 petang.

Anak kedua Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata bapanya dimasukkan ke hospital terbabit kira-kira jam 5 petang hari sama selepas muntah darah di kediamannya. "Pagi tadi, arwah bapa kelihatan seperti biasa. Arwah pergi ke pasar raya Mydin di Jalan Masjid India, seperti biasa dan pulang ke rumah selepas waktu Zohor. Selepas itu arwah rehat di rumah, namun dia terjaga dan terus muntah darah.

"Ahli keluarga lain yang berada di rumah terus membawa bapa ke Hospital Pantai sebelum doktor mengesahkannya meninggal dunia," katanya ketika dihubungi. Ameer berkata, arwah bapanya menghidap penyakit diabetes, namun tidak serius dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital.

Katanya, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rowshan Bhai dan tujuh orang anak. "Jenazah bapa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Rabu ini selepas solat Zohor kerana terpaksa menunggu kepulangan dua adik perempuan esok yang kini berada di luar negara," katanya.


 Info  
- Mydin Mohamed Ghulam Hussein
- Berasal dari Pulau Pinang
- Mengasaskan Mydin pada tahun 1957
- Kini 200 cawangan Mydin di seluruh negara

Sumber: Berita harian




0 comments:

Post a Comment