Masih ingat tentang Suhaimi Saad mengatakan anaknya tidak perlu di vaksin dulu?? Ini kenyataan kontroversi beliau yang terbaru...Kenapa Perlu SPM Kalau Boleh Bekerja?? Suhaimi mengatakan anaknya TIDAK PERLU KE SEKOLAH..Anda baca la sendiri hujahnya..memang akan buat kita semua terkejut besar !! Ada jugak orang macam ni zaman sekarang ya..
Dipersoalkan ramai kerana enggan menghantar empat anaknya menuntut di sekolah, penyanyi nasyid Suhaimi Saad mengakui beliau tidak berhasrat untuk anaknya menduduki peperiksaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mahu yang terbaik untuk anak-anaknya dengan pembelajaran di rumah.
Malah katanya, tidak ada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil ramai di Tingkatan 5 sekiranya mereka sudah mencapai kehendak dan impian masing-masing kelak.
“Sijil Pelajaran Malaysia pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ini kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ini sentiasa boleh berubah,” terangnya kepada ProjekMMO, tentang rancangan pendidikan untuk anak-anaknya.
Tak ada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil oleh hampir semua remaja di Malaysia ni kalau diorang dah capai kehendak dan impian masing-masing nanti. Maksudnya kalau dah boleh bekerja ikut skills sendiri, kenapa perlu ada SPM lagi, kan? Jom baca lebih lanjut.
Tak perlu SPM kalau dah boleh kerja
“Sijil Pelajaran Malaysia pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ni kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ni sentiasa boleh berubah. Cuma saya merancang yang terbaik. Saya tengok ramai yang buat belajar di rumah ni apabila usia 14 tahun ke 15 tahun dan sudah boleh sampai sasaran dia. Ada jadi saintis, ahli perniagaan dan sebagainya. Jadi kalau dah jadi ahli muzik, sudah boleh bekerja, tidak perlulah SPM tu.”
Fokus kepada akhlak, bahasa & Quran
Suhaimi sekarang fokuskan kepada pembelajaran akhlak, bahasa dan Al-Quran untuk anak-anaknya di rumah. Sebab apa? Sebab dia cakap konsep peperiksaan macam UPSR dengan PT3 ni dah takde manfaat untuk masa depan anak dia. Sebab tu dia tak hantar anak ke sekolah macam orang lain. Memang ada je ibu bapa yang buat macam ni…
Buat ‘home schooling’ di rumah
Sekarang ni, dia dan isterinya Ina Naim dah buat ‘home schooling’ untuk anak-anak di rumah. Dah tak perlu nak hantar ke sekolah macam orang lain lagi. Diorang banyak fokus pada ilmu sains dan kemahiran hidup dalam pembelajaran di rumah tu.
Haih, susah jugak nak kata. Kami pun bukannya memihak pada sesiapa. Isu macam Suhaimi Saad ni mungkin pada sesetengah orang dianggap mengada-ngada, cari glamor dan sebagainya. Mungkin jugak pada orang lain, ini jalan terbaik untuk masa depan anak-anaknya. Apapun, jangan cepat menghukum. Semuanya bergantung kepada rezeki jugak. Anak-anak ni ikut je kehendak kita. Jangan esok dah besar panjang, kita pulak kena maki sebab tak betul cara mendidik dan salah konsep.
Sumber: TheMalayMailOnline

0 comments:
Post a Comment