Tuesday, 7 June 2016

Filled Under:

Gempar !! Lagi Berita Sadis "Gadis Cantik Maut Dibunuh, Tisu Tersumbat Di Alat Sulit.." Ini Punca Sebenar Kenapa Dia Dibunuh...

Gempar !! Lagi Berita Sadis "Gadis Cantik Maut Dibunuh, Tisu Tersumbat Di Alat Sulit.." Ini Punca Sebenar Kenapa Dia Dibunuh...


                 KEADAAN RUMAH MANGSA SELEPAS PEMBUNUHANNYA DIKETAHUI.

SEORANG gadis cantik berusia 20 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan dengan tisu tersumbat dalam kemaluannya di Indonesia, Isnin lalu.

Mayat mangsa dilihat berada atas katil dalam keadaan separuh bogel selepas ibunya Aoh Maesaroh, 40, dan ibu saudaranya dikenali sebagai Nani, 30, menjenguk dari tingkap bilik mangsa selepas panggilan mereka tak disahut manakala pintu bilik dikunci dari dalam, sejak jam 6.30 pagi.

Ketika ditemui Heti didakwa ibunya masih hidup dengan mulut berbuih dan muka bengkak.

Terdapat tisu berdekatan badan dan di kemaluannya, membuatkan mangsa disangka diperkosa sebelum dibunuh.

Siasatan kemudiannya mendapati mangsa dibunuh teman lelakinya.

Menurut laporan polis, suspek mengaku datang ke rumah Heti Sulastri, 20, di Kampung Leuwikeked Cijulang yang terletak di Daerah Sukabumi, Jabar pada waktu malam tanpa pengetahuan ibu bapanya sebelum mengadakan hubungan intim dengan mangsa.

Bagaimana pun setelah mengadakan hubungan seks suspek menerima satu mesej di telefon bimbit daripada seorang perempuan yang mengajaknya keluar dan secara kebetulan, mesej tersebut dibaca oleh Heti.

Cemburu dengan mesej tersebut, Heti dikatakan bergaduh dengan suspek sebelum dia dicekik sehingga mati apabila suspek panik melihat mangsa tidak dapat menahan diri daripada meninggikan suara.

Suspek kemudiannya menutup muka mangsa menggunakan cadar dan mencuri telefon bimbit serta barangan kemas miliknya agar pihak polis mengesyaki kejadian itu adalah kes rompakan.


Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Polis akhirnya berjaya menahan suspek yang kemudiannya mengaku pembunuhan itu adalah perbuatannya. – MYNEWSHUB.CC




0 comments:

Post a Comment