Friday, 11 November 2016

Filled Under:

TOLONGLAH Berhenti Beli MAKANAN Ini..Akibatnya Memang MENGERIKAN. Ini Penting Jika Anda SAYANGKAN Keluarga Anda..Ambil Perhatian Rakyat MALAYSIA Memang Suka Makanan Ini.PLEASE STOP NOW

TOLONGLAH Berhenti Beli MAKANAN Ini..Akibatnya Memang MENGERIKAN. Ini Penting Jika Anda SAYANGKAN Keluarga Anda..Ambil Perhatian Rakyat MALAYSIA Memang Suka Makanan Ini.PLEASE STOP NOW




a. Membelek rak-rak makanan di pasar raya memang mengasyikkan. Terdapat ratusan jenis makanan yang kelihatan cukup sedap, dibungkus dan dipek dalam cara yang menggoda dan mempengaruhi minda anda untuk membelinya.


Ramai yang menganggap makanan yang diproses adalah burger dan kentang goreng yang dihidang di restoran makanan segera. Tetapi tahukah anda, setiap makanan yang terdapat dalam kabinet dapur anda merupakan makanan yang diproses?


Jadi persoalannya, apakah sebenarnya maksud makanan yang diproses?


Makanan yang diproses ialah apa saja makanan yang dikotakkan, diletak dalam bungkusan plastik, tin atau baling kaca dan mempunyai senarai bahan-bahan yang dicampurkan. Kaedah yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik.


Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi atas alasan keselamatan dan mudah untuk menggunakannya. Atas sebab itu, hampir 90 peratus wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan makanan oleh rakyat Amerika Syarikat ialah untuk membeli makanan yang diproses. Persoalannya, mengapakah kita perlu memproses makanan?


Sebab yang paling utama ialah untuk memudahkan pengguna. Adalah lebih senang untuk menyediakan kek dengan membuka kotak tepung membuat kek, campurkan telur dan tuangkan sedikit minyak berbanding memulakannya daripada sifar. Dengan hanya menuangkan air panas dalam semangkuk mi segera, makan tengahari anda mampu disiapkan dalam hanya beberapa minit.


Namun memudahkan penyediaan bukanlah satu-satunya nikmat yang anda perolehi. Terdapat banyak bahan lain yang dicampurkan oleh pihak pengeluar. Antaranya ialah:


· Pewarna – memberikan warna kilauan neon pada soda oren.


· Penstabil – kuah yang dimakan kurang berair


· Peluntur – menyahjangkitan bakteria.


· Pengemulsi – siapa kata air dan minyak tidak boleh bercampur?


· Melembutkan – dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim.


· Pengawet- membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan.


· Pemanis – gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis.


· Perisa – memberikan rasa seperti buah strawberi.


Masalahnya, kebanyakan makanan yang diproses mengandungi bahan yang menyerupai setin tong cat. Ia tidak semudah seperti mencampurkan sedikit jus lemon dalam adunan skon. Cuba anda perhatikan senarai bahan berikut bermula daripada perisa strawberi dalam susu kocak di restoran makanan segera:


[Amil asetat, amil butirat, amil valerate, anetol, anisil format, benzil asetat, benzil isobutirat, asid butirik, cinnamil isobutirat, cinnamylvalerate, diasetil, dipropil keton, etil butirat, etil heptanoat, etil laktat, etil metilfenilglisidat, etil Nitrat, etil propionate, etil valerbate, heliotropin, a-ionone, isobutyl anthranilate, isobutyl butrate, minyak pati lemon, metil anthranilat, metil benzoate, metil silsilat, minyak pati pudina dan pelarut].


Adakah ini yang dikatakan sedap? Namun percayalah, ini hanya sebahagian. Terdapat hampir 6,000 bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang diproses. Tetapi kajian oleh Universiti UCLA ke atas kehidupan harian 32 keluarga termasuklah rutin makan malam selama 3 tahun mendapati walaupun 70 peratus keluarga memasak dan makan di rumah, namun kebanyakannya menggunakan makanan yang diproses.



Penyakit Akibat Makanan Diproses


Kanser – Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen. Kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik Universiti Hawaii ke atas 200, 000 responden mendapati individu yang kerap makan daging yang diproses (hot dog dan bologna) berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.



Obesiti – Makanan yang diproses biasanya tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan yang diproses adalah punca peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik di seluruh dunia.


Penyakit Jantung – Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung.


Sumber:


Majalah iSIHAT




0 comments:

Post a Comment