Monday 15 August 2016

Filled Under:

'Ini Saja Pakaian Sekolah Yang Saya Ada Cikgu...' Sayu Sungguh...Anda Pasti Tidak Dapat Menahan Air Mata Bila Membaca Kisah Ini..

'Ini Saja Pakaian Sekolah Yang Saya Ada Cikgu...' Sayu Sungguh...Anda Pasti Tidak Dapat Menahan Air Mata Bila Membaca Kisah Ini..


Murid ini sudah hampir setahun dilihat berpakaian seperti ini. Hari ini saya tanya betul-betul, apa sebenarnya masalah dia. Dia cuma ada sepasang baju sahaja. Andai tidak sempat dibasuh pada hujung minggu, baju dan seluar itu jugalah yang akan dipakai semula. 

Setelah meneliti keadaan dan latar belakang dia, saya bercadang nak buat magik sikit pada penampilan dia. Tetapi disebabkan saya nak kita bersama-sama mendapat pahala, saya buka kepada umum. 

Malam ini saya akan mencari perkara-perkara berikut:
Baju (saiz 16 atau 17)
Seluar (saiz 24 atau 25)
Lencana
Tali Pinggang
Tali Leher
Kasut (saiz 34 atau 35)
Stokin (saiz 17)




Lencana, tali pinggang dan tali leher telah saya beli tadi. Saya buka peluang kepada kawan-kawan yang terasa mahu menanam benih akhirat, bolehlah menghubungi saya. Jangan risau, kalau tiada yang sudi pun saya tetap akan melengkapkan perkara-perkara di atas.

151061311202 Maybank Bukhari Alrazi
Nombor telefon: 019-751 2221

Sekolah Rendah Ayer Hitam, Batu Pahat

Saya tak pernah hidup susah, dari kecil hingga dewasa, segala-galanya cukup mak ayah saya berikan. Saya buat semua ini agar anak-anak ini dapat hidup seperti saya. Tidak sepenuhnya pun tak mengapa, asalkan mereka dapat merasanya walaupun sedikit.

Tuan puan doakan yang baik-baik terhadap murid ini agar dewasa kelak dia menjadi manusia yang cemerlang. - Bukhari Ibnu Alrazi




0 comments:

Post a Comment