Monday 15 August 2016

'Ini Saja Pakaian Sekolah Yang Saya Ada Cikgu...' Sayu Sungguh...Anda Pasti Tidak Dapat Menahan Air Mata Bila Membaca Kisah Ini..

'Ini Saja Pakaian Sekolah Yang Saya Ada Cikgu...' Sayu Sungguh...Anda Pasti Tidak Dapat Menahan Air Mata Bila Membaca Kisah Ini..


Murid ini sudah hampir setahun dilihat berpakaian seperti ini. Hari ini saya tanya betul-betul, apa sebenarnya masalah dia. Dia cuma ada sepasang baju sahaja. Andai tidak sempat dibasuh pada hujung minggu, baju dan seluar itu jugalah yang akan dipakai semula. 

Setelah meneliti keadaan dan latar belakang dia, saya bercadang nak buat magik sikit pada penampilan dia. Tetapi disebabkan saya nak kita bersama-sama mendapat pahala, saya buka kepada umum. 

Malam ini saya akan mencari perkara-perkara berikut:
Baju (saiz 16 atau 17)
Seluar (saiz 24 atau 25)
Lencana
Tali Pinggang
Tali Leher
Kasut (saiz 34 atau 35)
Stokin (saiz 17)




Lencana, tali pinggang dan tali leher telah saya beli tadi. Saya buka peluang kepada kawan-kawan yang terasa mahu menanam benih akhirat, bolehlah menghubungi saya. Jangan risau, kalau tiada yang sudi pun saya tetap akan melengkapkan perkara-perkara di atas.

151061311202 Maybank Bukhari Alrazi
Nombor telefon: 019-751 2221

Sekolah Rendah Ayer Hitam, Batu Pahat

Saya tak pernah hidup susah, dari kecil hingga dewasa, segala-galanya cukup mak ayah saya berikan. Saya buat semua ini agar anak-anak ini dapat hidup seperti saya. Tidak sepenuhnya pun tak mengapa, asalkan mereka dapat merasanya walaupun sedikit.

Tuan puan doakan yang baik-baik terhadap murid ini agar dewasa kelak dia menjadi manusia yang cemerlang. - Bukhari Ibnu Alrazi


Wednesday 10 August 2016

TAKZIAH...Penyanyi Ezad Lazim Masuk Wad Lagi..Inilah Punca Sebenar Beliau Dimasukkan Ke Dalam Wad..Semoga Ezad Lazim Cepat Sembuh...

TAKZIAH...Penyanyi Ezad Lazim Masuk Wad Lagi..Inilah Punca Sebenar Beliau Dimasukkan Ke Dalam Wad..Semoga Ezad Lazim Cepat Sembuh...


Penyanyi Ezad Lazim dimasukkan ke hospital lagi. Sebelum ini dia pernah beberapa kali di tahan dan disahkan dijangkiti  keradangan hidung atau sinus Jun lalu.

Isterinya Nor Azeana Ramli dalam laman sosial Instagram dan Facebook hari ini memuatnaik gambar Ezad di katil hospital dengan sedikit luahan hati dan mendedahkan keadaan sebenar Ezad.

“Sorry aku dah buntu… aku nak dia sihat. Bagi la semua sakit yang ada padanya kat aku. Insya-Allah aku yakin aku boleh tanggung sakit itu. Please EL (Ezad Lazim) semangat kena kuat… rezeki semakin melimpah ruah… sabaq naaaa… sorry  sorry…terpaksa post keadaan sebenar supaya EL cepat sihat…‪ #‎demicinta‬  Aku pun nak rehat,” tulis isterinya melalui FB dengan akaun Zeana Ramli..


“Saya curi daging... curi serai untuk buat rendang... sebab tak mampu,”...Wanita tidak dapat menahan air mata apabila dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana mencuri oleh Mahkamah Majistret Seremban..Sangat Sayu..Anda Pasti Tidak Dapat Menahan Air Mata Apabila Membacanya...Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Kita...

“Saya curi daging... curi serai untuk buat rendang... sebab tak mampu,”...Wanita tidak dapat menahan air mata apabila dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana mencuri oleh Mahkamah Majistret Seremban..Sangat Sayu..Anda Pasti Tidak Dapat Menahan Air Mata Apabila Membacanya...Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Kita...



Curi sebab mahu buat rendang Nor Farina kelihatan tidak dapat menahan air mata sebaik keluar dari mahkamah, semalam.

SEREMBAN - Seorang wanita tidak dapat menahan air mata apabila dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana mencuri oleh Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam.

Nor Farina Che Ya, 38, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,500 tanpa penjamin.

Majistret Rahimah Rahim membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan Nor Farina.

Dia mengaku mencuri di sebuah pasar raya berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2, di sini, sekitar jam 6 petang, 5 Ogos lalu.

Barang-barang yang dicurinya adalah daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung, semuanya dianggarkan bernilai RM262.86.

Mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda.  Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh dihukum penjara, denda atau sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng, manakala Nor Farina tidak diwakili peguam.

Nor Farina memberitahu mahkamah, dia menghidap diabetes kronik  dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap penyakit hipoglisemia.

Katanya, dia mencari nafkah dengan mengutip dan menjual kotak serta barang lusuh.

Tambahnya, dia menerima bantuan RM150 setiap bulan, tetapi tidak cukup untuk menampung hidupnya dan anaknya.

Nor Farina memberitahu mahkamah, dia memohon bantuan baitulmal, tetapi tidak berhasil.

Dia berkata, dia mencuri kerana terdesak.

'Saya nak buat rendang...'

“Saya curi daging... curi serai untuk buat rendang... sebab tak mampu,” luah Nor Farina Che Ya sambil berlinangan air mata apabila mengenang kembali perbuatannya mencuri di sebuah pasar raya.

Menurut ibu tunggal berusia 38 tahun ini, dia nekad melakukannya walaupun sedar tindakan itu berdosa dalam Islam dan salah di sisi undang-undang, lantaran tertekan dengan desakan hidup.

“Memang masa buat tu saya tak fikir apa. Saya cuma fikir perut anak yang lapar. Saya kata pada diri sendiri, biarlah saya tanggung dosanya. Apa saya mampu bayar cuma beras pulut yang harganya lima ringgit lebih.

“Macam pakaian tu, saya teringin sangat nak rasa. Bukan untuk saya saja, tapi untuk anak. Saya ambil tudung,” katanya dalam nada teresak-esak ketika ditemui di luar mahkamah, semalam.

Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat situasi menimpa wanita berkenaan sebelum mempertimbangkan permintaannya.

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Kamal Amran Kamarudin berkata, pihaknya juga akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan Nor Farina berhubung permohonan bantuan Baitulmal.

Sumber : sinarharian


Tuesday 9 August 2016

"Cuba Amalkan Suap Isteri Dan Anak-Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-curah" - Ebit Lew...Sila Kongsikan Artikel Ini Agar Semua Suami-Suami Diluar Sana Mengetahuinya...

"Cuba Amalkan Suap Isteri Dan Anak-Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-curah" - Ebit Lew...Sila Kongsikan Artikel Ini Agar Semua Suami-Suami Diluar Sana Mengetahuinya...



Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

"Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah," katanya.

"Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?" saya tanya.

"Tak pernah ustaz," jawabnya.

"Abang pernah suapkan makanan dalam mulut anak-anak tak?" soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.

"Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah. Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

"Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita buat kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah. Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak suap mak dan ayahnya sekali sekala.

"Cuba abang amalkan. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah," jelas saya padanya.

"Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga," katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga. - Ebit Lew


Alhamdulillah! Akhirnya Siti Nurhaliza Kongsi Saat Gembira Menjadi Ibu! Tahniah Dato Siti Comel Sangat!

Alhamdulillah! Akhirnya Siti Nurhaliza Kongsi Saat Gembira Menjadi Ibu! Tahniah Dato Siti Comel Sangat!




Alhamdulillah! Akhirnya Siti Nurhaliza Kongsi Saat Gembira Menjadi Ibu! Tahniah Dato Siti Comel Sangat!

Alhamdulillah! Akhirnya Siti Nurhaliza Kongsi Saat Gembira Menjadi Ibu! Tahniah Dato Siti Comel Sangat!

Alhamdulillah! Akhirnya Siti Nurhaliza Kongsi Saat Gembira Menjadi Ibu! Tahniah Dato Siti Comel Sangat!




Alhamdulillah! Akhirnya Siti Nurhaliza Kongsi Saat Gembira Menjadi Ibu! Tahniah Dato Siti Comel Sangat!

Alhamdulillah! Akhirnya Siti Nurhaliza Kongsi Saat Gembira Menjadi Ibu! Tahniah Dato Siti Comel Sangat!


[VIDEO] DIA BUAT LAGI !! Walau Dihentam, Anak Perempuan Normah Damanhuri Masih Terus Hasilkan Video Beraksi Ghairah !! Siapa Yang Tak Kuat Iman Tu Tak Payah Tengokla...

[VIDEO] DIA BUAT LAGI !! Walau Dihentam, Anak Perempuan Normah Damanhuri Masih Terus Hasilkan Video Beraksi Ghairah !! Siapa Yang Tak Kuat Iman Tu Tak Payah Tengokla...



Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan video viral 'gelek maut' anak pelakon terkenal iaitu Ira Kaza, tetapi baru-baru ini anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri pula dikecam gara-gara beraksi lucah dalam video yang dimuat naik di Instagram

Anak keempat pelakon itu yang dikenali sebagai Liana Rosli, dikatakan seperti sengaja menayang sebahagian payudara selain beraksi ghairah dalam video berdurasi 50 saat tersebut dengan tujuan mempromosi produk kecantikan miliknya.

Nampaknya makin ramai pula guna approach sebegini selepas video 'henjut' Kak Mawar tempoh hari kan?

Bagaimanapun, laporan Harian Metro semalam memberitahu bahawa pelakon veteran tersebut hanya menganggap itu adalah strategi yang digunakan anaknya dan melihat perkara itu dari studut positif
“Bagi saya ini soal perniagaan. Kalau ada yang salah anggap, itu terpulang kepada penerimaan masing-masing. Saya bukan nak menyokong perkara tak elok, tetapi saya melihat perkara itu dari sudut positif.

“Saya percaya setiap ahli perniagaan ada cara dan strategi tersendiri untuk mempromosikan produk mereka. Malah, setiap daripada mereka tampil dengan idea masing-masing. Apa yang penting sekarang saya lebih mengetahui apa yang dilakukan anak," katanya.
Tambahnya lagi, kalau bukan anaknya itu yang perlu berusaha memajukan perniagaannya, siapa lagi yang perlu lakukannya. Tetapi, dalam masa yang sama dia juga ada menegur dan memberi nasihat kepada anak perempuannya itu.

Normah juga memberitahu bahawa dia sememangnya mengetahui anaknya menghasilkan video tersebut tetapi tidak pula menyangka mengundang pelbagai komen negatif dalam kalangan pengguna laman sosial

“Saya tahu dia merakam video itu, tetapi tak sangka pula ia boleh menjadi viral. Apabila membaca setiap komen yang ditinggalkan peminat, saya malas nak ambil tahu. Bukan apa, saya pun pernah dikecam dengan peminat gara-gara isu tudung, tetapi saya tak suka nak menjawab. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat dan segala tindakan yang kita lakukan,” katanya lagi.

Setelah isu itu viral dan tersebar, kami sangkakan Liana mengambil langkah untuk memadam video tersebut dan cuba menjernihkan keadaan. Tetapi sangkaan kami meleset.
Tanpa disangka rupa-rupanya Liana langsung tidak terkesan dengan laporan akhbar Harian Metro tersebut dan tanpa segan silu mengambil gambar ruangan berita di akhbar tersebut lalu dimuat naik di laman Instagram.

Saksikan la sendiri video tersebut...




Friday 5 August 2016

" Saya Seringkali Tewas Digoda Oleh Adik Ipar , Saya Bersalah Dan Buntu "

" Saya Seringkali Tewas Digoda Oleh Adik Ipar , Saya Bersalah Dan Buntu "



Bagi mereka yang telah berkahwin , seelok-eloknya tinggallah dirumah sendiri jika berkemampuan .

Hal ini sering berlaku apabila kita duduk bersama keluarga mentua/keluarga sendiri apabila pasangan kita tidak kira isteri atau suami pun sebenarnya mampu tewas dengan bisikan syaitan . Cuba jauhkanlah perkara-perkara begini sebaik mungkin , insyaAllah ..

##SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak. Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya. Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya. Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah. Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada....

##Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah. Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa. Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini....

 #SUAMI TERTEKAN
#Johor Bahru


JAWAPAN~~~

##Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu. Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: “Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan.” [Yusuf: 53] Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu. Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara. Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar. Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki. Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah. Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga. Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara.....

##Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang. Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar. Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah. Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat.....


[10 Foto] Dunia Akhir Zaman !! Enam Remaja Termasuk Seorang Gadis Bawah Umur Ditahan Polis Di Melaka Kerana Sertai Parti S3ks !! Memang Terkejut Besar Bila Anda Tahu Tempatnya Dimana !! Tak Sangka Rupanya Tempat Ni Ada Parti Begitu...

[10 Foto] Dunia Akhir Zaman !! Enam Remaja Termasuk Seorang Gadis Bawah Umur Ditahan Polis Di Melaka Kerana Sertai Parti S3ks !! Memang Terkejut Besar Bila Anda Tahu Tempatnya Dimana !! Tak Sangka Rupanya Tempat Ni Ada Parti Begitu...


                                                         Gambar Sekadar Hiasan

Enam Remaja Ditahan Sertai Parti S3ks

MELAKA: Seorang gadis bawah umur terlibat dalam pesta liar dan parti S3ks selama beberapa bulan sehingga abangnya membuat laporan polis.

Ini membawa kepada penahanan lima pelajar dan seorang lagi remaja tidak bersekolah yang dikatakan menjalinkan hubungan S3ks dengan gadis berkenaan di pelbagai lokasi di Bukit Katil di sini.

Polis kini sedang mencari tiga lagi remaja lelaki yang didakwa tidur bersama gadis berusia 13 tahun berkenaan.

Aktiviti terakhir gadis itu bersama kumpulan remaja lelaki tersebut di sebuah stor yang ditinggalkan telah dimuat naik di Internet dan dikongsi dengan rakan-rakan.

Gadis itu menulis bahawa aktiviti mereka bermula dengan menikmati hidangan di restoran makanan segera sebelum menunggang motosikal dan kemudian terlibat dalam parti S3ks.

Abangnya kemudian mengetahui mengenai perkara itu dan membuat laporan polis pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata semua enam suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati gadis itu telah berkawan dengan enam remaja terbabit melalui WeChat dan menjemput untuk menyertai parti S3ks.

SAC Kamaluddin berkata pemeriksaan latar belakang menunjukkan gadis itu tidak mempunyai masalah keluarga atau kewangan.

Difahamkan dia terlibat dalam parti-parti liar sejak berusia 12 tahun.

lagi gambar KLIK SINI

Sumber : mstar.com.my

 


Semoga Elfira Loy Tabah..Selepas Berhijab, Beliau Menerima Dugaan Yang Sangat Menyayat Hati...Bersabarlah Elfira Loy..Moga Allah Bersamamu....

Semoga Elfira Loy Tabah..Selepas Berhijab, Beliau Menerima Dugaan Yang Sangat Menyayat Hati...Bersabarlah Elfira Loy..Moga Allah Bersamamu....


Kontrak Ditarik Selepas Berhijab, Elfira Loy Tak Kisah

Mengakui bukan mudah bagi dirinya unuk mengambil keputusan nekad menutup aurat, Elfira dalam masa yang sama juga menjelaskan bahawa dia tidak akan kembali membuka tudung semata-mata atas sebab kontrak kerja.

“Bukan mudah untuk saya menetapkan hati memilih untuk berhijab kerana pelbagai andaian dan kemungkinan bermain di benak fikiran. Apabila sudah membuat keputusan untuk bertudung, saya enggan memamndang ke belakang lagi”

“Ada pihak yang menerikma keputusan saya untuk bertudung, namun ada juga yang kurang bersetuju dan menarik balik tawaran menampilkan saya sebagai duta produk. Namun ia sama sekali tidak menggugat keputusan saya untuk terus berhijab,” katanya kepada BH Plus.

Apa yang lebih menggembirakan Elifra ialah apabila penggiat industri seni tanah air dari barisan penerbit dan pengarah tidak menjadikan tudung sebagai penghalang untuk berkarya sebaliknya menerima perkara itu sebaiknya.


"Tindakan Astro menerusi rancangan MeleTOP boleh akibatkan karier saya berakhir !" - Yuna. Patutlah Yuna marah!! Melampau betul parodi diorang ni..Anda saksikanlah sendiri video parodi ini dan nilaikan sendiri !!

"Tindakan Astro menerusi rancangan MeleTOP boleh akibatkan karier saya berakhir !" - Yuna. Patutlah Yuna marah!! Melampau betul parodi diorang ni..Anda saksikanlah sendiri video parodi ini dan nilaikan sendiri !!



Penyanyi yang kini mencipta nama di peringkat antarabangsa Yunalis Zarai atau Yuna berang selepas pihak Astro menerusi rancangan “Meletop” menyiarkan parodi klip video lagu “Crush” berduet bersama penyanyi Amerika Syarikat (AS), Usher.

Katanya, tindakan pihak yang menyiarkan video sangat biadab dan ia boleh mengakibatkan kariernya berakhir kerana seolah-oleh menghina orang berkulit hitam.

“Kawan-kawan semua, saya harap kamu semua tahu bahawa parodi yang dilakukan mereka (Astro) boleh menyebabkan karier saya di negara ini berakhir.

“(Tindakan) itu biadab dan tidak menghormati rakan saya (Usher),” tulis Yuna di akaun Facebooknya.

Sebelum ini rancangan Meletop telah memuat naik video parodi nyanyian Yuna dengan menampilkan Jihan Muse dan pelakon komedi Syuk Joras (SJM) yang digelapkan wajahnya seolah-olah Usher.

“Tolonglah didik diri sendiri, Astro telah pun memadam video tersebut dari Internet hanya selepas dikecam oleh ramai kerana ia boleh menjadi isu yang serius di negara ini.

“Tapi kerosakan telah berlaku, kamu terlalu obses dengan parodi bodoh sampai terlupa mengenai maruah,” kesalnya.

Yuna turut menggesa agar semua pihak berhenti berkongsi video tersebut di Facebook kerana ia tidak kelakar sebaliknya hanya menyakiti hatinya.

Meletop membuat permohonan maaf itu secara terbuka di Twitter mereka hari ini.

“Sekali lagi, kami di pihak krew dan warga kerja #MeleTOP ingin memohon maaf di atas penyiaran video tersebut,” tulisnya.

Saksikan video tersebut dibawah dan anda nilai sendiri..




Masih ingat tentang Suhaimi Saad mengatakan anaknya tidak perlu di vaksin dulu?? Ini kenyataan kontroversi beliau yang terbaru...Kenapa Perlu SPM Kalau Boleh Bekerja?? Suhaimi mengatakan anaknya TIDAK PERLU KE SEKOLAH..Anda baca la sendiri hujahnya..memang akan buat kita semua terkejut besar !! Ada jugak orang macam ni zaman sekarang ya..

Masih ingat tentang Suhaimi Saad mengatakan anaknya tidak perlu di vaksin dulu?? Ini kenyataan kontroversi beliau yang terbaru...Kenapa Perlu SPM Kalau Boleh Bekerja?? Suhaimi mengatakan anaknya TIDAK PERLU KE SEKOLAH..Anda baca la sendiri hujahnya..memang akan buat kita semua terkejut besar !! Ada jugak orang macam ni zaman sekarang ya.. 



Dipersoalkan ramai kerana enggan menghantar empat anaknya menuntut di sekolah, penyanyi nasyid Suhaimi Saad mengakui beliau tidak berhasrat untuk anaknya menduduki peperiksaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mahu yang terbaik untuk anak-anaknya dengan pembelajaran di rumah.

Malah katanya, tidak ada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil ramai di Tingkatan 5 sekiranya mereka sudah mencapai kehendak dan impian masing-masing kelak.

“Sijil Pelajaran Malaysia pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ini kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ini sentiasa boleh berubah,” terangnya kepada ProjekMMO, tentang rancangan pendidikan untuk anak-anaknya.

Tak ada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil oleh hampir semua remaja di Malaysia ni kalau diorang dah capai kehendak dan impian masing-masing nanti. Maksudnya kalau dah boleh bekerja ikut skills sendiri, kenapa perlu ada SPM lagi, kan? Jom baca lebih lanjut.

Tak perlu SPM kalau dah boleh kerja

“Sijil Pelajaran Malaysia pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ni kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ni sentiasa boleh berubah. Cuma saya merancang yang terbaik. Saya tengok ramai yang buat belajar di rumah ni apabila usia 14 tahun ke 15 tahun dan sudah boleh sampai sasaran dia. Ada jadi saintis, ahli perniagaan dan sebagainya. Jadi kalau dah jadi ahli muzik, sudah boleh bekerja, tidak perlulah SPM tu.”

Fokus kepada akhlak, bahasa & Quran

Suhaimi sekarang fokuskan kepada pembelajaran akhlak, bahasa dan Al-Quran untuk anak-anaknya di rumah. Sebab apa? Sebab dia cakap konsep peperiksaan macam UPSR dengan PT3 ni dah takde manfaat untuk masa depan anak dia. Sebab tu dia tak hantar anak ke sekolah macam orang lain. Memang ada je ibu bapa yang buat macam ni…
Buat ‘home schooling’ di rumah

Sekarang ni, dia dan isterinya Ina Naim dah buat ‘home schooling’ untuk anak-anak di rumah. Dah tak perlu nak hantar ke sekolah macam orang lain lagi. Diorang banyak fokus pada ilmu sains dan kemahiran hidup dalam pembelajaran di rumah tu.

Haih, susah jugak nak kata. Kami pun bukannya memihak pada sesiapa. Isu macam Suhaimi Saad ni mungkin pada sesetengah orang dianggap mengada-ngada, cari glamor dan sebagainya. Mungkin jugak pada orang lain, ini jalan terbaik untuk masa depan anak-anaknya. Apapun, jangan cepat menghukum. Semuanya bergantung kepada rezeki jugak. Anak-anak ni ikut je kehendak kita. Jangan esok dah besar panjang, kita pulak kena maki sebab tak betul cara mendidik dan salah konsep.

Sumber: TheMalayMailOnline




Thursday 4 August 2016

"Cikgu Bersara Pun Minta RM1 Setiap Murid, Ingat Ibubapa Cop Duit Ke?" Anda Tahu Ke Sekolah Mana Ni??

"Cikgu Bersara Pun Minta RM1 Setiap Murid, Ingat Ibubapa Cop Duit Ke?" Anda Tahu Ke Sekolah Mana Ni?? 



                                                          Sekadar Gambar Hiasan

Semalam ketika makan tengah hari, salah seorang sahabat saya meluahkan rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta RM1.00 setiap seorang pelajar bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara.

"Sekolah ini ingat ibu bapa ini cop duit ke? Sudahlah yuran PIBG mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan bagai. Ini cikgu nak bersara pun anak murid kena bagi duit untuk beri hadiah. Cikgu ini sesak sangat ke?" luahnya kasar.

Saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang disuap ke mulut. Saya tidak jadi nak makan.

"Yela, anak aku pun sama. semua minta duit RM1.00 untuk cikgu nak bersara itu. Anak aku tiga orang, dah kena bagi extra RM3 semalam," balas saya dalam beremosi. Dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong.

"Kau tahu tak, anak aku cerita yang tahun lepas pun ada guru bersara juga. Samalah semua murid kena bayar RM1.00 seorang. Masa Hari Guru, cikgu itu dapat 'handbag' mahal! Pastu dekat dua jam jugalah semua murid tak belajar sebab kena raikan guru bersara," jelas saya lagi.

"Apa kerja cikgu ini? Sudahlah gaji mahal, masa bersara murid wajib bagi derma RM1.00, waktu belajar murid pun dia kacau. Memang melampau!", kata sahabat saya itu sambil mengetuk meja. 

Marah benar dia dengan pentadbiran sekolah yang menyalahgunakan masa pembelajaran murid dan memaksa murid menderma untuk guru yang bersara.

"Kau tahu kan, seorang murid wajib bagi RM1.00. Kalau 500 murid dah rm500. Pergh! Memang beg mahallah dapatnya." kata saya lagi. Dia angguk lagi sambil makan dengan asyik.

"Pada aku, sepatutnya pihak sekolah minta RM100 seorang, itupun paling kurang. Barulah dapat beli hadiah besar sikit," kata saya.

Dia menyoal kata-kata saya yang dianggap kurang waras.

"Begini, dalam 365 hari setahun, hanya Ahad sahaja anak-anak kita berada di rumah sepanjang masa. Selebihnya memang di sekolah dengan cikgu-cikgu. Iyelah, dengan kelas tambahan, kelas agama, taekwando, pengakap, kem motivasi, hari kantin dan macam-macam lagi. Urusan belajar, adab, solat, mengaji dan bersahabat. semua kita sub-contract pada cikgu dan sekolah. Aku rasa RM100 seorang murid bayar itu pun tak memadai untuk jasa cikgu itu. 

"Mungkin masa mesyuarat PIBG nanti, kau sokong aku jadi Pengerusi PIBG yang baharu. Aku dapat kuasa nanti, aku akan mewajibkan semua pelajar 'start' masuk darjah satu, kena simpan RM1 sehari untuk tabung hadiah hari persaraan guru. Memang boleh minta derma pada syarikat swasta untuk sponsor, tapi baik minta dengan pelajar untuk bagi mereka sedar bahawa nilai yang ada pada diri mereka itu meningkat tahun demi tahun tu adalah kerana didikan daripada guru-guru inilah", kata saya panjang lebar.

Sahabat saya itu segera menghabiskan makanannya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata. Aduhai, cakap benda betul pun dah sentap. - Izman Pauzi 


10 Foto Fesyen Dunia Akhir Zaman..2 Gadis Bertudung Pakai Tshirt Seperti Berbikini Di Khalayak Ramai Cetus Kontroversi...Memalukan Umat Islam !! Foto Yang Ke-5 Tu Memang Paling Teruk !!

10 Foto Fesyen Dunia Akhir Zaman..2 Gadis Bertudung Pakai Tshirt Seperti Berbikini Di Khalayak Ramai Cetus Kontroversi...Memalukan Umat Islam !! Foto Yang Ke-5 Tu Memang Paling Teruk !!



Baru-baru ini telah tersebar gambar 3 gadis Melayu memakai baju-T berimej luc@h mendapat cemuhan pelbagai pihak.

Ketiga-tiga gadis berkenaan memakai baju-T berwarna putih dengan imej bentuk badan perempuan berbikini sekaligus memperlihatkan seolah-olah mereka hanya berbikini di khalayak ramai.

Disebabkan gambar tersebut tersebar, kebanyakan pengguna laman sosial mendesak supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan keras ke atas mereka. Maklumlah si pelaku merupakan perempuan Melayu dan bertudung yang secara tidak langsung memberikan imej buruk kepada Islam.

Inilah dunia akhir zaman, perbuatan mereka terang-terangan memperlihatkan kebodohan mereka sendiri. Akhirnya, inilah jadinya apabila gambar tersebut tersebar di laman sosial dan mencetuskan kemarahan netizen

Lagi Gambar KLIK SINI


Tak Dapat Bantu Pun Tak Ape Janji Dapat Share Supaya Lebih Ramai Kawan2 Mend0akan Adik Kita Ini..,Sem0ga Tabah Menghadapi Dugaan Ini.... Amin Ya Rabbal Alamin ..

Tak Dapat Bantu Pun Tak Ape Janji Dapat Share Supaya Lebih Ramai Kawan2 Mend0akan Adik Kita Ini..,Sem0ga Tabah Menghadapi Dugaan Ini.... Amin Ya Rabbal Alamin ..




Tak Dapat Bantu Pun Tak Ape..

Janji Dapat Share Supaya Lebih Ramai Kawan2 Mend0akan Adik Kita Ini...Sem0ga Tabah Menghadapi Dugaan Ini.... Amin Ya Rabbal Alamin ..





Baguslah Semua Sudah Ada Di Sini, Senang Aku Nak Ceraikan Kau !!

Baguslah Semua Sudah Ada Di Sini, Senang Aku Nak Ceraikan Kau !!




Assalamualaikum, 

sudah lama 3-4 hari aku berfikir untuk menceritakan masalah aku ni disini atau tidak. Aku tahu natijahnya andai aku bercerita disini, seperti membuka pekung didada. Setelah berfikir, aku rasa aku berlapang dada andai apa pun yang pembaca komen. Aku terima dan aku amat berharap pendapat serta komen kalian buat aku rasa lebih lega dan jadikan panduan untuk aku bertindak.

Sepanjang aku berkenalan, bercinta, bertunang dan berkahwin, tidak pernah aku manjakan dia, kek hari lahir tak pernah aku beli, celebrate atau bagi hadiah, ulang tahun perkahwinan pun tak pernah. Biasanya dia yang tidak lupa beli hadiah untuk aku termasuk lah handphone, jam dan sebagainya.

Dia tidak pernah lupa walau hari bapa, akan ada hadiah untuk aku, aku pun tidak tahu kenapa aku berkahwin dengan dia, yes ada perasaan sayang, tapi tak mendalam, mungkin sebab diawal perkenalan dia agak top di tempat kerja, ramai yang nak try nasib tapi dia tidak layan, awal aku try pun dia tidak layan menjadikan aku tercabar, kami berkawan lama baru dia terima aku.

Ketika ini aku layan dia macam biasa. Istimewa sangat pun tidak. Sehingga saat pernikahan kami, duit hantaran pun aku tidak sediakan, barang hantaran semua bekas bini aku sediakan. Perkahwinan ini diteruskan dengan ikhtiar keluarga sebab family aku suka sangat dekat dia. Selesai majlis dia beri balik hantaran rm3k untuk kenduri sebelah aku, selebihnya bagi balik untuk duit yang dipinjam dari saudara, dia cuma ambil rm2k.

Hidup kami berjalan macam biasa, dia bekerja juga, bantu apa yang perlu, sehingga dia mengandung, aku rasa dia macam merimaskan, jadi aku asik balik lambat. Sentiasa sakit sana sini, nak makan itu ini, aku betol-betol rasa rimas. Sejak itu aku mula berjinak dengan weechat, berkenalan dan melayan otak nakal sebagai lelaki.

Bekas bini aku Cuma pandang dari jauh, dia tidak berani untuk tegur kerana tahu kalu dia berbuat demikian aku akan keluar lepak dan tinggal dia seorang diri dirumah. Sesungguhnya andai boleh diputar masa, aku tak akan layan dia sebegitu. Paling aku terkilan, apa yang dia mengidam aku tak pernah belikan, aku selalu keluar dengan ramai pompuan, rupanya senang saje semua perempuan ni diumpan, belanja makan, beri sedikit hadiah semua layu.

Aku rasa bahagia dengan hidup baru aku, dan aku pun sampai lupa dia dah mengandung berapa bulan. Apa yang aku tahu aku seronok begini, kalu aku kehabisan duit memang aku minta dengan bekas bini aku. Dia akan beri walau kad atm dia, sebab dia selalu cakap, bila jadi suami isteri susah senang kena bersama. Suatu hari aku berkenalan dengan seorang awek yang hot, manja dan seksi.

Aku betol-betol gilakan dia. Pandai ambil hati sehingga kami berada dalam dunia kami, lebih mabuk dari dadah barangkali. Balik rumah hanya sesekali, tukar baju dan ambil baju. Suatu hari aku terima panggilan yang bekas bini aku sudah sakit bersalin. Aku kena pergi, kalu semuanya sampai ke pengetahuan keluarga aku memang teruk aku kena. Jadi aku bergegas ke hospital. Sehingga segalanya selamat, dia berpantang di rumah emak aku, jadi hujung minggu aku sememangnya kena balik jenguk mereka.

Sehinggalah habis pantang. Ketika aku datang ambil dia di kampong, saat semua orang ada dia meminta cerai. Pada aku ketika itu bagus juga dia sudah buka mulut, jadi aku pun tanpa bercakap banyak menceraikan dia dengan talak satu. Keluarga aku, terutama emak menangis teresak-esak. Anak kami ditinggalkan dengan emak aku sementara dia dapat kerja baru katanya. Semua itu aku tidak ambil tahu.

Dalam proses naik mahkamah, aku baru teringat aku pernah beritahu salah seorng scandal aku yang aku dah bercerai. Masa tu budak pompuan ni tanya dah berkahwin ker, aku cakap dah, tapi dah bercerai, nak dijadikan cerita kami bercerai dengan talak dua. Awek baru aku pula, setiap kali hujung minggu aku melawat anak pun dia cemburu, katanya aku gilak talak.

Lama kelamaan perangai Ema (awek aku) pun sama jer dengan bekas bini aku, paling teruk dengan anak aku pun dia nak cemburu. Beli baju untuk baby pun masih nak cemburu. Paling aku tidak boleh sabar dia suka mendesak, kalu soalan yang ditanya, dia mendesak untuk dapat jawapan ketika itu juga, semuanya dia hendak tahu dengan detail.

Misalnya kenapa aku lambat, bila bagitau jam, dia akan tanya area mana jam, lepas tu up status dekat facebook betol ker area sekian-sekian jam, ada excident ker? Aku rasa macam hendak gila layan kerenah dia yang tidak matang. Ketika itulah aku sedar segala silap ku. Aku cuba pujuk dia, namun hati dia kembali keras ibarat batu.

Dia kata sudah banyak peluang dia bagi untuk aku berubah tapi aku yang tidak hargai. Sekarang apa aku perlu buat? Melalui Bahasa tubuh dia sememangnya mustahil untuk aku pujuk dia balik, tapi aku tahu kini hanya dia yang terbaik untuk aku. Korang rasa ada peluang lagi tak? Aku betol-betol menyesal sekarang.

Sumber : thecoverage.my


Tuesday 2 August 2016

Al-Fatihah...Pak Nil Kehilangan Orang Yang Paling Dicintainya..Semoga Pak Nil Tabah Menghadapi Dugaan Ini...

Al-Fatihah...Pak Nil Kehilangan Orang Yang Paling Dicintainya..Semoga Pak Nil Tabah Menghadapi Dugaan Ini...


Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi kehilangan ibu tercinta, Norbaiti Surur jam 12.56 pagi pada 27 Jun 2016 yang lepas kerana sakit tua. Allahyarhamah meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada usia 90 tahun.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri personaliti TV berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp. "Ibu saya meninggalkan kami pada 22 Ramadan 1437. Harap dapat sama doakan kesejahteraan arwah ibu saya di sana.

Al-fatihah," katanya. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat hari ini sebelum waktu Zohor. Arwah meninggalkan tujuh orang anak, 17 cucu dan 4 cicit.

Kini lebih sebulan ibu beliau telah kembali ke hadrat Ilahi...Semoga ibu Pak Nil ditempatkan bersama orang yang beriman...Amin....

Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah ibu Pak Nil...Al-Fatihah...


INI SENARAI 10 GAJI TERTINGGI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA 2016..PEMAIN YANG GAJI PALING TINGGI TU MEMANG BUAT KORANG TERKEJUT BESAR!! UNTUNGLAH...

INI SENARAI 10 GAJI TERTINGGI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA 2016..PEMAIN YANG GAJI PALING TINGGI TU MEMANG BUAT KORANG TERKEJUT BESAR!! UNTUNGLAH...


Siapa sangka, pemain bolasepak tempatan yang beraksi dalam liga tempatan kini mampu bergelar jutawan.

Kalau sebelum ini, kerap juga kita dengar mengenai gaji pemain bolasepak yang terlalu rendah.

Pada usia 30 tahun keatas, mereka mungkin akan menamatkan karier sebagai pemain bola. Dengan gaji yang rendah atau sedang-sedang sahaja, mereka mungkin tidak mampu untuk buat simpanan bagi menampung kehidupan mereka seterusnya.

Namun kini, isu pemain bolasepak yang dibayar gaji terlalu mahal pula menjadi masalah. Bukan dengkikan mereka kaya, namun ia menimbulkan pelbagai masalah kepada kelab atau persatuan yang tidak berkemampuan.

Benda ini isu lama dan tiada kaitan dengan mana-mana pasukan pun sebagai puncanya. Kalau sebelum ini ada pasukan yang mampu menawarkan gaji sehingga RM20,000, muncul pula pasukan yang menawarkan gaji yang lebih lumayan sehingga RM40,000 bagi mendapatkan pemain idaman mereka.

Dek kerana itu, terjadilah perlumbaan mengejar pemain bintang dengan tawaran gaji yang cukup mengujakan. Ia sudah tentu gagal diberi saingan oleh pasukan lain.

Pada musim Liga Malaysia 2016, kemungkinan akan diwujudkan had atau gaji siling untuk pemain bolasepak tempatan. Oh, mungkin agak mendukacitakan kepada pemain yang menerima gaji tinggi ketika ini. Pastinya akan berlaku penurunan gaji dan sebagainya.

Siapakah pemain bolasepak Malaysia yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Malaysia 2015?

Berdasarkan sumber yang ammboi terima, ada 10 pemain yang dikhabarkan mereka gaji tertinggi. Dibawah ammboi senaraikan 10 gaji tertinggi pemain bolasepak Malaysia 2015:

SENARAI 10 GAJI TERTINGGI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA 2015


1. Safee Sali – RM120,000 – Johor Darul Takzim




Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.


2. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) – RM100,000 – Kelantan




Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan panggilan Apek dikatakan panjaga gol yang dibayar gaji termahal dalam Liga Malaysia. Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang. Beberapa musim lepas, Apek dikhabarkan turut menerima tawaran lumayan dari sebuah pasukan dan akan meletakkannya sebagai pemain termahal namun Apek memilih untuk kekal bersama Kelantan.


3. Amri Yahyah – RM85,000 – Johor Darul Takzim





Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.


4. Norshahrul Idlan Talaha – RM80,000 – ATM (Kini bersama Terengganu)





Pemain kelahiran Besut ini merupakan seorang penyerang yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Norshahrul kemudiannya berhijrah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini beliau nampaknya telah menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu.


5. Indra Putra Mahyuddin – RM75,000 – Felda United





Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.


6. Baddrol Bakhtiar – RM65,000 – Kedah




Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan ‘senior’ Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.


7. Safiq Rahim – RM50,000 – Johor Darul Takzim





Tidak dinafikan bahawa Safiq Rahim merupakan antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia (pemain tempatan). Sebelum ini Safiq beraksi dengan cukup cemerlang bersama Selangor dan pasukan kebangsaan. Menerima tawaran yang cukup lumayan dari JDT sudah tentu sukar untuk dilepaskan.


8. Badhri Radzi (Piya) – RM50,000 – Kelantan





Nama Piya tidak asing lagi dikalangan peminat pasukan Kelantan dan juga dalam Liga Malaysia. Mempunyai skil sepakan sudut dan percuma yang menarik, Piya adalah lawan kepada Safiq Rahim. Piya juga pernah menerima tawaran lumayan dari beberapa pasukan. Namun mungkin kerana kesetiaan kepada pasukan negeri Piya memilih untuk kekal. Lagipun gaji yang Piya terima di Kelantan juga adalah antara yang tertinggi. Begitupun prestasi Piya nampaknya sedikit merudum dan mungkin memerlukan masa untuk beliau kembali ke prestasi terbaiknya.


9. Aidil Zafuan – RM50,000 – Johor Darul Takzim




Beliau antara tonggak pertahanan terbaik yang ada di Malaysia. Pemain yang cukup kental dan sukar untuk dilepasi, Aidil bersama kembarnya Zaquan menerima tawaran lumayan untuk berhijrah ke Johor Darul Takzim dari pasukan Negeri Sembilan. Mungkin menerima saingan yang cukup sengit daripada beberapa muka baru selain mengalami kecederaan, Aidil nampaknya kurang beraksi dan gagal mendapatkan aksi dalam kesebelasan utama. Berkenaan gaji Aidil, ia didedahkan oleh bekas isterinya, Rita Rudaini dalam usaha menuntut nafkah untuk dua anak mereka.


10. Norfarhan – RM40,000 – Kelantan





Cukup lincah dan mempunyai penyudah yang baik. Norfarhan memilih untuk kembali bersama pasukan Kelantan pada musim 2015. Sebelum itu, beliau telah berhijrah pulang ke pasukan asalnya Terengganu. Norfarhan dikatakan menerima sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan. Bagaimanapun beliau perlu buktikan kemampuan sebenarnya kerana ketika ini beliau masih belum mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan juga.

(Sila ambil perhatian jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain berkenaan, dan berkemungkinan termasuk tajaan dan pengiklanan dan bukan jumlah sebenar)


Monday 1 August 2016

KECOH !! Dapat Tahu Amar Bahrin Akan Menjadi Menantunya Bapa Amira Rosli Nekad Dedahkan Siapa Sebenarnya Amar Bahrin.. Paling Mengejutkan Bila Dia Dedahkan Amar Bahrin Adalah . . .

KECOH !! Dapat Tahu Amar Bahrin Akan Menjadi Menantunya Bapa Amira Rosli Nekad Dedahkan Siapa Sebenarnya Amar Bahrin.. Paling Mengejutkan Bila Dia Dedahkan Amar Bahrin Adalah . . .


Pengumuman berita gembira mengenai pertunangan bagi pasangan, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang bakal berlangsung pada Jumaat ini sedikit sebanyak melegakan ibu kepada Amyra Rosli, Noor Zaridah Ahmad. Pengumuman tarikh perkahwinan mereka yang akan diadakan pada November depan juga telah menjawab segala teka-teki mengenai status hubungan mereka.

“Alhamdulillah akhirnya semua sudah dileraikan. Lebih penting, ia diumumkan secara serentak kepada semua rakan media. Selama ini, cerita terbabit bagai tersimpan rapi dan tidak dapat diluahkan. Selepas setahun menguruskan kerjaya seni Amar, saya sendiri tidak menduga beliau bakal jadi menantu. Dalam hal ini, baik Amar mahupun Amyra bersikap dewasa”

“Amar sebenarnya banyak membantu supaya hubungan mereka tidak terlalu kelihatan ketara. Dari sudut itu, saya nampak beliau seorang yang sweet. Sepanjang menguruskan kerjaya dan mengenalinya, beliau anak muda yang sangat menyenangkan hati. Sikap dan kelakuan dirinya, termasuk cara beliau bekerja, cukup bagus,” katanya kepada Berita Harian Online.

Dalam keterujaan menyambut menantu pertama, Noor akui agak berat untuk melepaskan Amyra yang juga merupakan anaknya yang pertama bakal mendirikan rumah tangga selepas pihak keluarganya menerima rombongan merisik daripada keluarga Amar pada Hari Raya Haji tahun lalu, namun beliau percaya bahawa Amar adalah calon yang terbaik untuk anaknya itu.

Terdahulu, pada Isnin lalu, pasangan bahagia itu yang hadir sedondon memakai busana berwarna biru telah mengumumkan tarikh pertunangan mereka yang bakal diadakan pada Jumaat ini, manakala tarikh perkahwinan pula akan diadakan pada 11 November depan. Bagaimanapun lokasi pernikahan serta resepsi yang bakal berlangsung masih lagi dalam perbincangan.